PELANCONGAN TEMPAT-TEMPAT AJAIB DUNIA

Oktober 13, 2010
Oktober 02, 2010
Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
KEPERLUAN SENAMAN
DEFINASI
Menurut kamus dewan edisi ketiga
a) Keperluan : 1.perihal perlu.
2.sesuatu yang diperlukan,keharusan,kemestian
3.sesuatu yang diperlukan(dikhendaki), sesuatu yang berguna.
4. Hajat,kehendak,maksud,tujuan.
b)Senaman : Latihan gerak badan
Secara kesimpulannya, senaman merupakan satu aktiviti yang mudah dilakukan. Ia perlu dilakukan secara berterusan dan patut menjadi sebahagian amalan harian baik golongan remaja sehingga tua. Senaman perlu untuk menjaga kesihatan dan pengekalan tahap kecergasan yang tinggi. Seperti bak kata pepatah mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Kehidupan itu adalah anugerah ilahi dan perlu dihargai.Tubuh badan yang tidak cergas dan sihat akan merumitkan pelbagai aktiviti yang hendak dijalankan terutamanya yang melibatkan pergerakan fizikal. Hidup cergas sentiasa sihat.
Senaman yang terbaik ialah apabila dilakukan secara berkala. Hal ini dapat meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan . Dengan demikian penyakit-penyakit yang berkaitan kekurangan senaman dapat dicegah dan dielakkan.
Kepentingan Bersenam
1) Membina daya tahan
a) Aktiviti senaman yang dilakukan secara berkala dan memenuhi kriteria senaman yang berkesan dan baik akan dapat membina daya tahan otot yang lebih kuat. Otot yang berdaya tahan amat penting.
Hal ini kerana otot bertanggungjawab bagi kesemua pergerakan badan,mengekalkan postur, menstabilkan sendi dan menghasilkan haba badan.
2) Membina kekuatan
a) Senaman yang berkesan akan membina kekuatan otot dan tulang. Tulang yang sihat dan kuat dapat melindungi organ penting di dalam badan seperti jantung, otak,paru-paru, saraf tunjang dan sebagainya.Otot-otot rangka melekat pada tulang menjadikan menjadikan manusia berbentuk sepertimana kita sekarang.Tulang berperanan sebagai tuas yang digunakan dalam pergerakan anggota.Ini akan membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis.
Implikasi Negative Proses Osteoporosis
3) Memberi ketenangan
a) Senaman membantu mengurangkan kemurungan dan keresahan.Hidup sentiasa dalam keadaan ceria dan tenang. Hal in kerana, persekitaran sosial yang melibatkan pelbagai aktiviti membolehkan seluruh anggota berfungsi dan tidak timbul suasana membosankan kehidupan dipenuhi dengan senyuman. Pergaulan sihat sesama masyarakat akan mengisi hidup dengan kasih sayang terutamanya lagi apabila melakukan aktiviti senaman bersama. Senaman dapat mewarnai kehidupan yang kosong.Kehidupan yang sihat merupakan satu terapi bagi mengekalkan emosi di tahap tinggi serta dapat mengurangkan ketegangan dalam diri sebagai akibat kadar kesihatan yang rendah. Hidup yang sihat akan mengisi hati nurani.
Selain itu, melalui senaman jugalah kita akan dapat mengetahui potensi diri dan keupayaan yang terpendam. Misalnya senaman joging, individu tidak akan mengetahui tahap kemampuannya boleh berjoging jika tidak pernah melakukanya. Perkara ini akan mengundang individu tidak mencuba sesuatu jika tidak memberi peluang kepada diri untuk mencuba. Hal ini pasti akan meningkatkan keyakinan dan kehormatan diri.
Senaman yang dilakukan secara efektif,dapat membantu untuk mendapat tidur yang baik. Hal ini kerana setelah bersenam badan memerlukan waktu untuk merehatkan badan. Terdapat individu yang mengalami kesukaran untuk tidur,kesanya individu tersebut kelihatan letih dan tidak bermaya. Seterusnya mengurangkan stress. Hidup lebih bahagia dan harmoni serta sejahtera.
4) Memperbaiki pengaliran darah dalam sistem saluran darah tubuh manusia
a) Cabang-cabang saluran darah mengepam darah dari jantung dan membawanya kepada jantung. Di sinilah perpindahan nutrien dan bahan kumuh berlaku.Terdapat dua jenis saluran darah iaitu arteri dan vena.Senaman dapat mengurangkan risiko mendapat atherosklerosis( pengerasan saluran darah).Atherosklerosis ialah merupakan satu proses pemendapan lemak,kolestrol dan bahan-bahan lain yang menimbun di dalam dinding arteri, menyebabkan saluran darah sempit dan mengehadkan bekalan darah. Hal ini menyebabkan mudah mendapat risiko serangan jantung,dan sekiranya darah yang dibekalkan ke otak tersumbat,individu akan mengalami strok.
Imlikasi negative pengaliran darah tidak effisen
5) Membantu mengawal lipid darah
a)Darah merupakan cecair dari mana setiap sel,mendapat makanannya.Ia diedarkan secara berterusandalam satu kitaran melalui pengepaman darah.Darah membawa oksigen dan nutrien kepada tisu badan.Darah juga memberikan pertahanan kepada tisu dari serangan bakteria. Jika lipid(pengumpulan lemak) darah tidak dapat dikawal,darah tidak dapat menjalankan fungsinya.Mengekalkan lipid darah yang sihat serta seimbang adalah amat penting untuk mencegah penyakit kardiovaskular. Individu harus cuba mengekalkan tahap triglisenda( kurang daripada 1.2 mmoI/L), tahap kolestrol yang rendah(kurang daripada 2.6mmoI/L), dan kadar kandungan HDL(sejenis protein yang membawa kolestral dalam darah) yang tinggi (lebih dari 1.02 mmoI/L)
6 )Meningkatkan kadar nadi
a)Jantung akan berdenyutan kira-kira 70kali seminit dalam keadaan normal. Senaman akan
meningkatkan denyut nadi. Dalam sehari jantung akan berdenyut sekurang-kurangnya 100000kali dan dalam setahun dianggarkan sebanyak 40juta kali. Ia akan terus berdenyut sepanjangn hayat manusia,iaitu kira-kira 70 tahun(purata umur seorang manusia)
7) Meningkatkan imbangan badan
a) Kesempurnaan dan kelicinan pergerakan manusia bergantung kepada keupayaan badan atau anggota menyeimbangkan diri dan anggota. Biasanya pusat graviti seseorang berada di bahagian tengah badan dan hampir separas dengan pusat. Kajian menunujukkan bahawa ketinggian pusat seorang lelaki kira-kira 56 peratus ketinggian badannya, dan bagi seorang perempuan pula 55 peratus.Anggaran ini tepat apabila seseorang itu berdiri tegak secara normal.Antara faktor yang mempengaruhi keseimbangan badan ialah jisim badan. Jisim atau berat badan akan menentukan keseimbangan.Melalui senaman berkala dapat memperoleh berat badan yang ideal, maka pastilah dapat mengurangkan risiko daripada jatuh yang boleh menyebabkan patah pinggang kecederaan lain.
8) Menurunkan tekanan darah tinggi
a) Apabila ventrikal kiri menguncup, tekanan maksimum di hasilkan dan ini memaksa darah mengalir ke aorta. Apabila jantung kembali tenang dinding aorta kendur semula,maka tekanan akan menurun.Tekanan maksimum yang terhasil kerana kuncupan kitaran kardiak digelar tekanan darah sistolik.Kebiasaanya kira-kira 120 mm Hg ( milimeter mercury atau raksa) bagi seseoarang yang berehat.Tekanan darah yang tinggi akan menambah tekanan kepada otot jantung dan mengenakan banyak kepada saluran darah. Implikasinya,otot jantung akan menjadi lemah dan saluran darah akan mengalami kerosakkan.
Antara Penyakit berpunca KEKURANGAN SENAMAN
Sejauh Mana KESAN kEKURANGAN SENAMAN???
Langgan:
Ulasan (Atom)